Pita Pelekat dicari-cari oleh guru

Seperti sedia maklum bahawa sekolah telah pun dibuka bermula pada 24 Jun 2020 setelah diberi kebenaran berbuat demikian oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelajar-pelajar akan hadir ke sekolah setelah 3 bulan berada di rumah dengan syarat sentiasa menjaga penjarakan sosial. Pelajar yang sihat sahaja dan mestilah suhu berada di bawah 37.5 Celcius boleh hadir ke sekolah.

Para guru tentulah telah bersedia dari pelbagai aspek untuk menyambut pelajar-pelajar yang akan datang ke sekolah. Saringan kesihatan akan dijalankan oleh guru-guru di pintu utama. Terdapat beberapa sekolah yang membuat video tentang cara-cara saringan yang dijalankan di pintu utama bagi memberi kefahaman yang mendalam tentang prosedur masuk ke sekolah. Ianya juga untuk mengelak murid yang kurang sihat masuk ke sekolah. Perkara yang menjadi perhatian sekarang di kawasan sekolah ialah etika pematuhan penjarakan sosial yang diterapkan oleh guru-guru terhadap kelas, lorong-lorong utama, bilik khas serta di kawasan pejabat. Kalau dilihat, pita pelekat telah ditampal bagi menanda arah pergerakan pelajar serta guru. Kerusi dan meja telah dengan jarak yang selamat.

Demikianlah usaha para guru bagi mengikuti prosedur & amalan pencegahan virus covid 19 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *