Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Assalamualaikum. Sekarang kita berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kita mengharungi PKP dan PKPB. Banyak pengalaman dan pengajaran semasa berada di dalam fasa-fasa kawalan ini. Seperti sedia maklum, Malaysia turut terkesan dengan virus Covid-19 yang menyerang sesiapa pun secara halus. Tetapi dengan langkah yang bijaksana dari pemerintah-pemerintah telah menyebabkan negara kita dapat mengawal penyakit tersebut dengan berkesan.

Hasrat kebanyakan orang untuk bergerak merentas negeri terkandas. Jalan raya di seluruh negara lengang. Terdapat banyak sekatan jalan dilakukan oleh pihak berkuasa supaya rakyat mematuhi perintah kawalan ini demi menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Usaha barisan hadapan sangatlah terpuji kerana berjuang sebaik mungkin dengan tugas mereka. Tahniah!

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan, ramai orang mengambil kesempatan ini merentas negeri untuk melawat orang tersayang seperti anak-ibu ayah, suami-isteri, adik-beradik dan pelbagai lagi. Akan tetapi, aspek keselamatan haruslah diutamakan kerana Malaysia masih lagi belum bebas dengan penyakit berbahaya ini.

Bersyukurlah kita jika diberi peluang bernafas lagi kerana tuhan ingin memberi pengajaran kepada kita bahawa setiap apa yang dikehendakiNya boleh berlaku dengan mudah (kun fa ya kun). Semua ini hanyalah ujian tuhan kepada hambanya supaya lebih taat kepada perintahNya.

Di bawah ini video tentang suasana di Terminal Bersepadu Selatan selepas 2 hari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan.

Published
Categorized as News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *