Kelebihan dan Kekurangan Belajar Secara Online

Pada masa kini, ramai yang suka belajar secara online. Namun, belajar secara online ini ada banyak kebaikan serta kekurangan. Saya bermula dengan kebaikan iaitu masa dan tempat yang fleksibel atau dimana-mana. Kita boleh belajar di semua tempat yang mempunyai rangkaian internet. Malahan pula, belajar online sangat menjimatkan wang kerana pelajar tidak perlukan tuisyen. Mereka boleh menonton di YouTube contohnya untuk belajar. Tambahan pula, pelbagai maklumat diakses samada berbayar atau percuma.

Namun, terdapat kekurangan belajar secara online seperti tidak boleh belajar secara bersemuka. Ini kerana terdapat sesetengah pelajar yang lebih suka untuk belajar secara bersemuka. Selain itu, belajar secara online kurang berkesan kerana ia boleh menyebabkan sesetengah pelajar hilang fokus kerana mungkin pemikiran diganggu dengan persekitaran yang kurang sesuai.  

Dengan itu, belajar online ada baik dan buruknya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *