Lebih 100 Terbunuh Dalam Letupan di Beirut

BEIRUT: Pertubuhan Palang Merah Lubnan mengesahkan lebih 100 mangsa terkorban dan lebih 4,000 cedera dalam letupan di kawasan pelabuhan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, letupan baru-baru ini yang menggegarkan ibu kota itu didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu. Anggota Pertubuhan Palang Merah Lubnan masih meneruskan kerja mencari dan menyelamat di kawasan persekitaraan. Diharap semua pihak haruslah berhati-hati supaya kejadian seperti tidak berulang kerana melibatkan banyak pihak yang rugi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *