Najib Akan Merayu

Kehadiran ramai penyokong bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur minggu lepas mendapat perhatian ahli-ahli parlimen yang lain. Mereka bimbang keadaan itu mampu membawa risiko penularan covid-19 dan mewujudkan kluster baharu.

Orang ramai dikatakan berhimpun tanpa mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka dengan betul di luar kawasan kompleks mahkamah. Keadaan sesak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir untuk mengikuti kes yang melibatkan Najib supaya mematuhi SOP, dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik covid-19.

Akhirnya, Najib dijatuhkan hukuman bersalah terhadap 7 pertuduhan. Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Published
Categorized as News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *