Pelajar China Suka Belajar di Malaysia

Pelajar China mula pandang Malaysia dan Singapura sebagai antara destinasi pendidikan terbaik. Beberapa universiti termasuk universiti ternama Malaysia seperti UM, UPM dan UKM mencatat peningkatan permohonan dari kalangan pelajar China. Penyebab utama ialah sekatan perjalanan dan hubungan yang merudum antara China dan negera Barat ekoran Covid-19 dan juga beberapa ketegangan lagi.

Namun, buat masa kini sebilangan universiti di Malaysia tidak setuju untuk membenarkan pelajar China untuk meneruskan pengajian di Malaysia disebabkan Covid-19. Ini kerana, ia boleh mengakibatkan pelajar tempatan dijangkiti daripada coronovirus. Selepas masalah pandemik ini berlalu pergi, kita akan mula lihat kebanyakan pelajar dari Negara China di universiti dan juga kolej di Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *