Rohingnya Masih Cuba Ceroboh Malaysia

Pada minggu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima panggilan daripada Perdana Menteri Vietnam iaitu Nguyen Xuan Phuc. Isu utama yang dibincangkan sebagai wakil Malaysia ialah Vietnam perlu berperanan lebih besar untuk membantu Myanmar menangani isu Rohingnya. Ini kerana, Perdana Menteri Vietnam juga merupakan Pengerusi Asean 2020. Dengan itu, Vietnam haruslah membantu Myanmar dalam isu pelarian Rohingnya yang masih cuba mencerobohi sempadan Malaysia.

Negara kita Malaysia telah menutup sempadan ekoran terjejas dengan penularan Covid 19. Seperti sedia maklum, pandemik ini telah mengurangkan pendapatan negara dan Malaysia perlu lebih berhati-hati supaya tidak menjadi lebih buruk akan kesannya.

Published
Categorized as News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *