Selamat Kembali Sugu Pavitra

Vanakkam… Hari ini kami masak dalca tulang kambing. Selamat kembali Pavithra.

Sugu Pavithra semalam telah memuat naik video masakan pertama selepas memadamkan kesemua 98 video pada Sabtu lalu. Dalam video yang dimuat naik pada semalam, pasangan ini memilih untuk memasak dalca tulang kambing sebagai menu pertama. Menerusi video berdurasi 6 minit 14 saat itu, Pavithra tampil ceria dan bersemangat sepanjang rakaman dilakukan sebagai mana video sebelum ini.

Sungguhpun singkat, video tersebut sudah cukup mengubati kerinduan peminat yang menantikan resepi Sugu Pavithra. Untuk kefahaman semua, Sugu Pavitra dikenali ramai kerana menyajikan video masakan yang enak dan fasih berbahasa melayu.

Published
Categorized as News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *