Teknik Belajar yang Tepat

1) Cari tempat belajar yang sesuai. Bilik tidur tidak sesuai dijadikan tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik. Kerusi yang selesa. TV, komputer atau telefon perlu dijauhi supaya lebih fokus.

2) Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar. Pastikan semua barang yang kita perlukan semasa belajar ada di meja seperti pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya.

3) Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus. Jangan pilih teman/kawan yang suka berborak kerana dibimbinangi membuang masa.

4) Pilih snek yang sesuai. Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan, air kosong dan kekacang adalah bagus untuk kekal cerdas.

5) Take 5. Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

6) Rasakan bahang motivasi. Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan cabaran. Cabaran? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu dalam peperiksaan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *