WHO Beri Amaran Tiada Penyelesaian bagi covid-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru telah memberi amaran berhubung kemungkinan tiada penyelesaian bagi covid-19. WHO menggesa kerajaan dan rakyat untuk fokus melaksanakan perkara asas antaranya ialah saringan,  pengesanan kontak,  terus mengamal penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi membendung penularan covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Tedrox Adhanom berkata tiada penyelesaian sebab vaksin berkualiti masih belum mampu digunakan dengan baik. Untuk pengetahuan semua, covid-19 telah mengorbankan hampir 700,000 orang dan menjangkiti sekurang-kurangnya 18.1 juta orang.

Setakat ini, WHO mengambil langkah inisiatif iaitu berhubung dengan pakar-pakar dari seluruh dunia tentang punca utama covid-19 berlaku dan melakukan kajian untuk mencegah covid-19 dengan kadar segera. Setakat ini, pakar dari Russia telah mengeluarkan vaksin covid-19 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada 20 negara untuk membeli vaksin tersebut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *