CARA UNTUK MENANGANI CYBERBULLYING DI TEMPAT KERJA.

1. Jangan balas dengan serta-merta. Apabila rakan sekerja atau penyelia mengatakan sesuatu yang dirasakan kurang selesa bagi anda, menyiarkan sesuatu yang tidak benar atau menyerang anda dalam talian, luangkan masa untuk berfikir semula. Tidak kira berapa perkataan yang menyakitkan hati anda, jangan balas dengan kemarahan. Sebaliknya, tarik nafas panjang dan bertenang. Matlamatnya bukan untuk bertindak sebarangan tetapi untuk bertindak balas dengan cara yang munasabah. Kadang-kadang tidak perlu bertindak balas.

2. Pastikan tanggungjawab di tempat kerja diselesaikan sebaiknya. Walaupun biasanya lebih baik untuk mengabaikan cyberbully. Cuba berbincang dengan pelaku secara peribadi. Perbincangan yang mendamaikan. Ia juga bukan idea yang baik untuk melontar dengan kata-kata yang marah dan tuduhan anda sendiri. Anda tidak mahu seluruh pejabat memerhatikan pertengkaran antara anda dengan rakan sekerja.

3. Cetak dan simpan salinan semua gangguan. Cuba simpan semua mesej, komen, dan catatan sebagai bukti. Ini termasuk e-mel, media sosial, tweet, mesej teks dan sebagainya. Walaupun reaksi pertama anda mungkin untuk memadamkan semuanya, tetapi tanpa bukti anda tidak mampu menangani syberbully secara perundangan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *