Hafiz Syahrin Kembali ke Litar

Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin telah terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring pada Ahad 16 Ogos 2020.

Hafizh yang mewakili pasukan Aspar merempuh jentera Enea Bastinni yang terjatuh ketika mengambil selekoh, menyebabkan motosikalnya mengalami kerosakan teruk dan dia terpelanting sebelum terhempas di atas litar. Beberapa pelumba lain turut hilang kawalan dalam kejadian berkenaan. Menurut pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi, Hafizh, 26, berada dalam keadaan sedar serta stabil dan kini sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar.

“Penunggang berada dalam keadaan baik, hanya mengalami lebam terutama di bahagian pinggul, tetapi keadaan sedar,” jelas Borsoi menerusi akaun Twitter. Antara pelumba lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu adalah Ennea Bastianini dari Italtrans Racing, Edgar Pons dari pasukan Federal Oil Gresini dan Andi Farid Izdihar dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia. Menurut laporan rasmi MotoGP, kesemua pelumba berada dalam keadaan sedar dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar. Perlumbaan yang berbaki 13 pusingan kemudian diteruskan.

Berita sedih terus berlaku setelah beliau kehilangan nenek kesayangannya. Neneknya telah menjaga beliau dari kecil. Beliau harus tabah dengan dugaan. Beliau turut berjanji untuk meningkat kualiti tunggangan selepas apa yang terjadi dan sikap tidak putus asanya wajar dipuji.

Setelah berehat hampir 3 minggu di tanah air tercinta, beliau kembali ke litar. Pada ketika ini perlumbaan sedang berlangsung di Misano, Italy. Di sesi kelayakan, beliau mencatat masa ke-14 terbaik. Didoakan Hafiz Syahrin mampu mendapatkan kedudukan yang lebih baik pada perlumbaan sebenar.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *