KEPUTUSAN MAHKAMAH KEBAKARAN TAHFIZ 3 TAHUN LALU

Nasib seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu telah diketahui. Pada 28 Jan 2020, Hakim Azman memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan untuk membela diri. Ini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun.

Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz tersebut yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini, pada 14 September 2017. Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati.

Keputusan mahkamah adalah hukuman penjara selama yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *