LIM GUAN ENG, ISTERI TELAH DIDAKWA

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isterinya telah dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini merupakan kali ketiga Ahli Parlimen Bagan itu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh seminggu. Dua daripada pertuduhan sebelum ini melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Guan Eng bagaimanpun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan sebelum ini. Beliau dijangka dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Turut didakwa adalah isteri beliau Betty Chew atas pertuduhan berhubung penglibatannya dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Managment and Consultancy Sdn. Bhd. Pertuduhan ke atas Betty dikemukakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Published
Categorized as News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *