PERATUS KEHADIRAN PELAJAR DI PERLIS TURUN 50%

KANGAR: Peratusan kehadiran pelajar ke sekolah di Perlis merosot lebih 50 peratus berikutan kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah susulan penyebaran wabak COVID-19 daripada Kluster Sivagangga, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad.

Katanya penurunan itu berlaku setelah kerajaan negeri mengisytiharkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO) di dua kampung iaitu Kampung Tanah Timbul dan Kampung Kuala Sanglang di Kuala Sanglang bermula 2 minggu lepas.

Ibu bapa boleh mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah tetapi perlu mendapatkan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran daripada sekolah supaya anak mereka tidak ketinggalan.

Menurut Rozieana, penutupan sekolah yang berhampiran dengan kawasan TEMCO akan dimaklumkan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Tiga sekolah ditutup bermula hari ini selama seminggu di kawasan TEMCO iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun, dan kesemua guru di sekolah tersebut menjalani arahan Perintah Pengasingan di Rumah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *