PERDANA MENTERI LUBNAN LETAK JAWATAN

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan mengumumkan peletakan jawatan susulan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut beberapa minggu lalu. Peletakan jawatan Hassan Diab itu berlaku ketika orang awam berang dengan bencana yang didakwa akibat salah pengurusan dan perbuatan rasuah. Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen, Hassan menyatakan beliau mengundur diri agar dapat bersama rakyat dan berjuang untuk perubahan bersama mereka. Beliau yang menganggap letupan itu sebagai ‘malapetaka’  juga berkata, dia sudah hilang harapan dengan kerajaan. Justeru, beliau faham mengenai keperluan untuk berlaku perubahan dalam kerajaan. Rasuah, niat jahat perlu dijauhi dan rombakan dibuat untuk menjadikan Lubnan sebagai sebuah negara yang mempunyai keadilan dan ketelusan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *