PERGERAKAN RENTAS SEMPADAN MALAYSIA DAN SINGAPURA TELAH DIBUKA.

Perjalanan rentas sempadan bagi pihak yang mempunyai tujuan perniagaan dan rasmi serta bagi pemegang pas imigresen jangka panjang di kedua-dua negara tersebut telah dibenarkan bersyarat. Mereka yang layak sudah menghantar permohonan masing-masing sejak 10 Ogos lepas.

Sebagai permulaan bagi kategori pertama, seramai 400 orang dibenarkan dalam seminggu manakala kategori kedua seramai 2,000 orang sehari. Malaysia dan Singapura turut sepakat memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan berkenaan.

Antara lain, kejayaan perjalanan rentas sempadan peringkat awal akan menjadi penanda aras bagi pembukaan rentas negara bagi kategori ketiga iaitu 200,000 pekerja Malaysia yang berulang alik seharian.

Ia akan diikuti dengan rentas sempadan kategori keempat iaitu pembukaan sempadan sepenuhnya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *