RUSIA UMUM VAKSIN COVID-19 PERTAMA DI DUNIA

Putin telah mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit. Rusia mendakwa berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan COVID-19. Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit. Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin COVID-19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa ketiga akan dimulakan tidak lama lagi. Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Rusia yang dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya. Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan Ogos. Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko, memberitahu media bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *