TAN SRI ABDUL RAHMAN ARSHAD MENINGGAL DUNIA

Tokoh pendidikan yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meninggal dunia pada awal pagi 16 Ogos 2020. Beliau berusia 84 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UiTM memaklumkan jenazah allahyarham telah dikafankan dan disolatkan di Masjid Jamiul-Huda, Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor.

Allahyarham yang dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka itu mendapat pendidikan awal di negeri itu sebelum melanjutkan pelajaran di University Malaya (UM).

Beliau kemudian menyambung pelajaran di University of Singapore, University of Reading, New Zealand Administrative Staff College, Harvard Business School dan menamatkan doktor falsafah (PhD) di University of East London.

Abdul Rahman memulakan karier sebagai seorang guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Abdul Rahman turut diberikan kepercayaan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014 hingga 2016.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *