PMPL MY/SG MUSIM 2

PMPL MY/SG Musim 2 sedang berlangsung dari 19 Ogos hingga 27 September ini. 24 pasukan PUBG Mobile terhebat dari Malaysia dan Singapura akan bertanding untuk merebut sebahagian daripada hadiah terkumpul US$150,000. Musim Liga Minggu 1 – 19 Ogos hingga 23 Ogos Musim Liga Minggu 2 – 26 Ogos hingga 30 Ogos Musim Liga Minggu 3… Continue reading PMPL MY/SG MUSIM 2

Published
Categorized as News

KEPUTUSAN MAHKAMAH KEBAKARAN TAHFIZ 3 TAHUN LALU

Nasib seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu telah diketahui. Pada 28 Jan 2020, Hakim Azman memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan untuk membela diri. Ini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh… Continue reading KEPUTUSAN MAHKAMAH KEBAKARAN TAHFIZ 3 TAHUN LALU

PERGERAKAN RENTAS SEMPADAN MALAYSIA DAN SINGAPURA TELAH DIBUKA.

Perjalanan rentas sempadan bagi pihak yang mempunyai tujuan perniagaan dan rasmi serta bagi pemegang pas imigresen jangka panjang di kedua-dua negara tersebut telah dibenarkan bersyarat. Mereka yang layak sudah menghantar permohonan masing-masing sejak 10 Ogos lepas. Sebagai permulaan bagi kategori pertama, seramai 400 orang dibenarkan dalam seminggu manakala kategori kedua seramai 2,000 orang sehari. Malaysia… Continue reading PERGERAKAN RENTAS SEMPADAN MALAYSIA DAN SINGAPURA TELAH DIBUKA.

TAN SRI ABDUL RAHMAN ARSHAD MENINGGAL DUNIA

Tokoh pendidikan yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meninggal dunia pada awal pagi 16 Ogos 2020. Beliau berusia 84 tahun. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UiTM memaklumkan jenazah allahyarham telah dikafankan dan disolatkan di Masjid Jamiul-Huda, Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor. Allahyarham yang dilahirkan di… Continue reading TAN SRI ABDUL RAHMAN ARSHAD MENINGGAL DUNIA

Published
Categorized as News Tagged ,

Hafiz Syahrin Kembali ke Litar

Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin telah terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring pada Ahad 16 Ogos 2020. Hafizh yang mewakili pasukan Aspar merempuh jentera Enea Bastinni yang terjatuh ketika mengambil selekoh, menyebabkan motosikalnya mengalami kerosakan teruk dan dia terpelanting sebelum terhempas di atas litar. Beberapa pelumba lain turut… Continue reading Hafiz Syahrin Kembali ke Litar

LIM GUAN ENG, ISTERI TELAH DIDAKWA

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isterinya telah dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini merupakan kali ketiga Ahli Parlimen Bagan itu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh seminggu. Dua daripada pertuduhan sebelum ini melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Guan Eng bagaimanpun mengaku tidak… Continue reading LIM GUAN ENG, ISTERI TELAH DIDAKWA

Published
Categorized as News

PERDANA MENTERI LUBNAN LETAK JAWATAN

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan mengumumkan peletakan jawatan susulan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut beberapa minggu lalu. Peletakan jawatan Hassan Diab itu berlaku ketika orang awam berang dengan bencana yang didakwa akibat salah pengurusan dan perbuatan rasuah. Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen, Hassan menyatakan beliau mengundur diri agar dapat… Continue reading PERDANA MENTERI LUBNAN LETAK JAWATAN

RUSIA UMUM VAKSIN COVID-19 PERTAMA DI DUNIA

Putin telah mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit. Rusia mendakwa berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan COVID-19. Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit. Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan… Continue reading RUSIA UMUM VAKSIN COVID-19 PERTAMA DI DUNIA

ML: RED ESPORTS DEDAH PEMAIN MEREKA UNTUK MPL

Organisasi e-sukan tempatan, Red Esports telah mengumumkan barisan penuh pemain-pemain mereka untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY/SG) Musim Keenam yang telah bermula pada 28 Ogos lepas. Dalam satu posting di Instagram, mereka memuat naik satu gambar memperlihatkan kesemua pemain. Umum mengetahui, pemain-pemain Red ini adalah bekas lineup Orange Esports Reborn yang berjaya… Continue reading ML: RED ESPORTS DEDAH PEMAIN MEREKA UNTUK MPL

PMWL: Yoodo Gank dan Team Secret Layak ke Final Liga Dunia

Selepas bertarung sengit selama tiga minggu, akhirnya dua pasukan negara, Team Secret dan Yoodo Gank layak ke final liga dunia (PMWL Timur) yang telah berlangsung pada 6 Ogos hingga 9 Ogos lepas. . Pasukan Team Secret berjaya mendapat keseluruhan 4 Winner Winner Chicken Dinner sepanjang tiga minggu Super Weekend (di mana mereka mendapat dua WWCD… Continue reading PMWL: Yoodo Gank dan Team Secret Layak ke Final Liga Dunia

Lebih 100 Terbunuh Dalam Letupan di Beirut

BEIRUT: Pertubuhan Palang Merah Lubnan mengesahkan lebih 100 mangsa terkorban dan lebih 4,000 cedera dalam letupan di kawasan pelabuhan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, letupan baru-baru ini yang menggegarkan ibu kota itu didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu. Anggota Pertubuhan Palang Merah Lubnan masih… Continue reading Lebih 100 Terbunuh Dalam Letupan di Beirut